Sungguh menyeronokkan jikalau kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan.Pagi tadi saya dan Ismail telah pergi mengajar Bahasa Inggeris kepada pelarian Somalia.Ini merupakan hari kedua kami mengajar.Pengalaman hari kedua mengajar lebih menyeronokkan kerana kami sudah mula kenal dan faham apa kehendak pelarian Somali dan bagaimana hendak menceriakan kelas.
Walaupun kedatangan pelajar agak sedikit mengecewakan disebabkan hujan,kami tetap bersyukur kerana dapat melaksanakan tugas kami dengan baik.Hari ini kami menyuruh mereka membaca petikan di dalam buku teks dan menjawab soalan yang telah diberi.Mereka memberi kerjasama yang cukup baik sekali dan mereka ternyata bersemangat untuk belajar.
Mereka berharap kelas seperti ini diteruskan dan dalam masa yang sama mereka juga tidak sabar untuk belajar Bahasa Melayu.Bagi mereka BM lebih penting berbanding BI di Malaysia kerana mereka banyak terlibat dengan penggunaan BM dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.Pengalaman hari ini memberi kami sedikit suntikan semangat andai kata kami ingin mengajar ataupun membuka kelas sendiri dimasa hadapan.
Sabtu, 5 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan