Selasa, 1 Jun 2010

MENGHADAPI UJIAN ALLAH

Kali ni nk post tazkirah tuk kita renungkan bersama..tajuknya ialah Menghadapi Ujian Allah.. dah lama tak 'update' hehehe.....renung-renungkanlah dan selamat beramal...



MENGHADAPI UJIAN ALLAH

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian yang ringan atau berat semuanya adalah ketetapan dari Allah.Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau tidak, kita mudah melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita, atau kita menyalahkan orang lain. Hati berdendam dan buruk sangka pada Allah kerana mendatangkan ujian itu.

Ujian sebenarnya melatih kita untuk memupuk sifat-sifat yang terpuji seperti sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa juga adalah salah satu sifat yang dipuji. Oleh sebab itu bagi orang yang banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan kepadanya ujian sebagai peringatan. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.

Contoh ujian Allah adalah sakit. Sakit ditimpakan Allah kepada kita kerana Dia mahu mengingatkan kita bahawa kesihatan itu bukannya milik kita. Semoga kita menjadi orang yang yang bersyukur, hamba Allah yang memahami, mengasihani sesama insan, perlu kepada ziarah menziarahi dan saling membantu mereka yang memerlukan. Bagi orang yang telah dipilih oleh Allah, di dunia lagi Allah terus menghukumnya. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka ganjaran pahala untuk kita.

Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, kita dipilih untuk tidak dihukum di akhirat, kerana penderitaan di sana kelak berpuluh kali ganda dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat sana, kita telah dibersihkan daripada dosa.Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah.



Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar:10 yang bermaksud: “Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas.”

0 comments:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates