Sabtu, 5 Jun 2010

SOCASA dan Q4L

SOCIOLOGY AND ANTHROPOLOGY STUDENTS' ASSOCIATION (SOCASA) telah berkerjasama dengan pihak Muslim Aid untuk mengadakan promosi Qurban For Life(Q4L) di UIA.Satu perjumpaan telah diadakan di UIA yang mana wakil daripada Muslim Aid iaitu Encik Muhammad telah dijemput untuk mengetuai perjumpaan tersebut.

Perjumpaan ini bertujuan untuk mengenal pasti cara-cara untuk mempromosikan Qurban di UIA dan mengenal pasti apakah cara yang paling efektif untuk melancarkan promosi tersebut.Encik Muhammad telah memperkenalkan satu pendekatan baru dalam merangka dan merancang sesuatu program dalam perjumpaan itu.Kaedah tersebut dikenali sebagai Community Building Process Approach (CBP).

Hasil daripada perjumpaan tersebut beberapa kaedah atau cara telah dikenal pasti.Pembahagian tugas telah dilakukan pada malam itu untuk memastikan langkah-langkah ataupun kaedah-kaedah promosi itu dilaksanakan dengan sistematik dan bergerak lancar.Pembahagian tugas juga perlu untuk meringankan beban para pelajar yang terlibat dalam mempromosikan qurban tersebut.


perbincangan didalam kumpulan amat penting untuk mendapatkan idea yang bernas

salah seorang wakil daripada SOCASA yang terlibat dalam promosi Q4L sedang menyumbangkan idea








0 comments:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates