Jumaat, 4 Jun 2010

Kisah OKU Buta

sukarelawan yang terlibat

Baru-baru ini Muslim Aid telah dijemput oleh pihak Malaysian Relief Agency (MRA) untuk mengikuti latihan berkenaan dengan OKU buta.Latihan ini adalah sebagai satu pendedahan dalam menguruskan atau mendalami bagaimana kehidupan orang buta.Pada hari tersebut kami telah di takdirkan oleh Allah untuk bertemu dengan Encik Hafiz.Beliau adalah wakil daripada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).


penuh semangat...
Encik Hafiz ketika sedang berkongsi pengalaman nya

Beliau sempat berkongsi pengalamannya sebagai seorang buta pada hari tersebut.Memang tersentuh hati ini bila mendengar apa yang dikongsikan oleh Encik Hafiz.Akan tetapi dalam masa yang sama saya berasa cukup kagum dengan semangat dan kesungguhan Encik Hafiz sebagai seorang yang cacat penglihatan mencatur hidupnya mengatasi mereka-mereka yang normal.Encik Hafiz menolak persepsi ramai orang yang bila buta maka gelaplah masa depan.Menurutnya lagi buta bukanlah satu alasan untuk kita putus harapan untuk hidup.Ada betulnya kata-kata daripada beliau kerana kita boleh melihat atau merasai sendiri bagaimana orang buta sekarang ini dapat bersaing dengan mereka yang sempurna penglihatan mereka dalam sesetengah bidang.

Mungkin setengah daripada kita tidak tahu apa pengertian sebenar maksud perkataan buta itu sendiri."Buta" seringkali digambarkan sebagai kecacatan penglihatan teruk dengan sisa penglihatan.Buta dapat dibahagikan kepada beberapa kategori contohnya buta sepenuhnya dan juga separa buta.Buta sepenuhnya adalah kehilangan menyeluruh segala bentuk deria cahaya dan direkodkan secara perubatan (klinikal) sebagai "NLP", singkatan kepada ("no light perception").

Pada hari tersebut kami telah menjalankan satu aktiviti untuk merasai bagaimana keadaan hidup sebagai seorang yang tanpa penglihatan. Semua sukarelawan terlibat untuk menjayakan aktiviti tersebut dan objektif aktiviti tersebut tercapai.

mengalami sendiri bagaimana menjadi seorang buta


penuh penghayatan...


bergambar selepas aktiviti

0 comments:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates