Isnin, 7 Jun 2010

Panggilan Daripada RTK

produk daripada RTK untuk membantu pembiayaan mereka

sama-samalah kita membantu mereka
Salam..

Hari ini saya dan Ismail akan bergerak menuju ke beberapa masjid untuk berbincang mengenai kerjasama untuk membantu mengumpulkan dana Rumah Titian Kaseh(RTK).Beberapa masjid telah diknal pasti dan kami berharap tidak ada sebarang kesulitan yang akan berlaku dalam usaha kami kali ini.

RTK memerlukan pmbiayaan segera bagi menyelamatkan rumah kebajikan tersebut daripada ditutup. Setelah lebih 11 tahun, RTK hanya mampu menyewa 2 buah rumah yang mengasingkan penghuni lelaki dan perempuan. Tibalah masanya RTK merancang untuk mempunyai rumah dan kediaman sendiri. Sehubungan ini, sumbangan dan sokongan padu daripada dermawan amatlah dialu-alukan.

Kepada sesiapa yang berminat atau yang ingin menyumbang bolehlah melawati blog RTK(http://rumahtitiankasih.blogspot.com/) untuk mendapatkan maklumat lanjut.Sumbangan darpada anda sangat-sngat kami harapkan dan setinggi-tingi perhargaan kepada yang sudi menderma..

0 comments:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates