Salam...
Hari ini saya dan Ismail telah mendapat pengalaman baru...kami telah mengajar kelas Bahasa Inggeris kat Taman Melati.Kelas Bahasa Inggeris ini khas untuk pelarian Somali, yang mana kelas ini telah diusahakan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid untuk mereka.Pengalaman ini cukup menarik dan cukup bermakna kerana memberi saya pengalaman baru mengenai dunia pengajaran.Memang terbukti bukan senang untuk menjadi seorang guru. Guru bukan sahaja harus bijak untuk mengawal kelas tetapi yang paling penting bijak untuk mengekalkan momentum tentang ape yang hendak diajar. Kalau tidak abih la semua pelajar tido.....:)
Jumaat, 4 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan